Saturday, December 25, 2010

INTERVIEW

Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga. Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga. Dibawah ini mengandungi beberapa tips yang menarik kepada sesiapa yang ingin pergi temuduga kerja. Take a note plz..,,:-

Ringkasan kata-kunci tips temuduga

* Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya.

* Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.

* Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak.

* Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.

* Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.

* Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.

* Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.

* Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.

* Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.


Hah..dh tau an serba sedikit mcm mane kte nak perlu bersedia semasa interview tue.. so, kepada anyone yg nak g temuduga tue,,gud luck k,,bye3

2 comments:

selipar hijau said...

fana...
good tips..

one more thing..
aku suke lagu dalam blog ko ni..
kangen band...
ko memang peminat lagu seberang sejati la babe..
hahahha

FANA ZABIL said...

yana..hahahaha..
best an lagu tue..
mane xnye..
hari2 aq tgk INBOX kat channel indon..hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...