Sunday, November 27, 2011

KENAPA MALAS SANGAT NAK STUDY??


Kenapa?

Pernahkah kowang pikir macam mana bahasa kita wujud? dan macam mana kita boleh faham bahasa - bahasa asing?? hah..cuba fikir..! em..kowang pikir la dulu k,. kang lambat plak nak abiskan entry nie kalau tunggu kowang jawab. teeett~~hehehee..

Kenapa. Pertanyaan yang selalu kita sebut.! kenapa awak macam nie? kenapa mesti berpisah? kenapa mesti ko yang dapat lebih? kenapa? kenapa? em..kalaulah kenapa tue boleh bercakap, mesti dia suruh kita - kita nie diam kan.! asik tak puas hati je. tanya kenapa - kenapa.! hahahaha.

Kenapa?

Hah..tanya lagi.. kenapa malas sangat nak study nie?? minggu lepas punya la excited kononnya dah bertekad nak study minggu nie ekoran ada 2 quiz next week. tapppiiii.. kenapa SETAN menghasut aku untuk tidak belajar,.? even nak baca pun malas! hmmm.Ya Allah. tolonglah hambamu ini.. berikanlah aku kekuatan untuk menghapuskan hasutan
syaitan yang direjam ini Ya Allah.~~

Tolonglah. bagi lah FANA ZABIL nie semangat untuk study.! PLLZZZ help me...:(

bagi sesiapa yang sudi tolong Fana,

silalah click button help dibawah,

mintak tolong sangat - sangat nie.

huhuhuhuhu.

jeng jeng jeng. takde pown. hahahaa..kena tipu. wekk!!
jangan mara yew.
smile.:)


Saturday, November 26, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 1433H


Dikesempatan ini, Fana Zabil nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam hari ini

26 november 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H.

Semoga di tahun baru ini,. kita dapat mengumpul banyak lagi pahala. dan peroleh kejayaan.

amin~~

Thursday, November 24, 2011

My Birthday is Today


Alhamdulillah & syukur sangat ke hadrat Illahi kerana memberikan aku peluang untuk terus hidup dimuka bumi ini selama 21 tahun.

Tak nak cakap banyak. nah! amik baca.:)
"
"
"
"
"

bawah lagi
"
"
"
haahahaha..sabar yew.
"
"
"
"

hah.see la.


Tak nampak?? nah tgk lebih jelas?? sila tekan gambar diatas. terima kasih.:)

lagi 1

saya dapat kek!


thanks to farah sudi bagi kek nie. terima kasih banyak - banyak.

SAYANG KORANG SEMUA.!!

Wednesday, November 23, 2011

MANA KEADILAN KALIAN??

mana keadilan kamu?

kenapa seperti kami di anak tirikan dalam kawasan ini?

Siapakah sebenarnya kami di hati kalian?

Patutkah kalian melayan kami sebegini?

em..

Kami tidak meminta perkara ini berlaku

Kami bukan mahu membantah

apatah lagi mahu ber-kurang ajar kepada kalian

Tapi

Janganlah membuat kami berada dalam keadaan yang menyampah sama kamu

kami datang ke sini

Adalah untuk belajar

Tapi tahap kesabaran kami ada terhadnya

kerana kami juga manusia biasa

yang akan merasa sedih, duka, tertekan

apabila dalam keadaan yang mendukacitakan

Tolong lah.

Kami ingin gembira disini

Setelah kami berkorban berjauhan dengan keluarga

Jangan buat kami seperti ini



I.N.I T.I.D.A.K A.D.I.L.L.L.L.L.L!!

Tuesday, November 22, 2011


Selesai sudah test dan kuiz untuk minggu ini

Syukur sangat ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini tanpa mengalami sebarang penyakit. Penyakit jangan dicari,: sekali anda terjebak dengan penyakit, susah untuk mengubatinya:. Jeng jeng jeng

Semua orang tahu, minggu ini memang agak kelam kabut hidup aku,. Dengan bermacam – macam urusan. Urusan itu lah. Urusan ini lah. Urusan belajar lah. Dan tak lupa juga urusan peribadi.!

Tapi, entry kali ini,.aku tak nak sentuh pasal peribadi. It’s too secret nak di-share kan bersama. Hahahaha.. jangan mara yew..

Economies – test – Monday

Business – quiz – Tuesday

Hah..dua2x subjek nie dah selesai. Alhamdulillah!

Tak kira la bape banyak markah yang aku dapat,, yang penting dah lepas. LET BY GONE BE BY BONE.!! Hehehehe..

Now sekarang mau releasekan tension dengan mengenepikan segala buku – buku jauh dari pandangan dan focus-kan pada laptop yang tersayang. Heheheh..

Dan bersiap sedia jangan lupa tentang hal penting next week. Dua (2) kuiz yang akan menjelma.! Watch out..!!

hadapilah kuiz dengan senyuman.:)


Saturday, November 19, 2011

IBARAT HARI GEMBIRA SEDUNIA

Assalamualaikum,

bukan hari ini tapi hari semalam bersamaan hari Jumaat 18 nov 2011.

Hari Jumaat sahaja dah memberi maksud yang gembira iaitu Penghulu segala hari, yang dimana hari yang paling dinanti2kan oleh orang Islam. untuk ape?? ish..untuk berIbadah la.. Tapi kalau untuk budak sekolah, dan tak lupa cikgu - cikgu sekolah, hari Jumaat 18 nov 2011 merupakan hari yang paling dinanti2kan kerana semalam merupakan hari terakhir sesi persekolahan tahun ini. Bestnyeeee!!!!! ok.aku bukan budak sekolah lagi. so so so..jangan jadi over excited melebihi mereka - mereka ok. tett~~..

Em..seperti yang tertera dekat title post entry aku kali ini., hari semalam hari Jumaat bersamaan 18 nov 2011, aku rasa adalah hari yang sangat meng-releasekan tension ku ketika ini. hahahahaha.. ayat sadis yang dianggap klishe.! well well well.. inilah kehidupan,. penuh dengan pancaroba. cehh!!

ok sudah.,

Sudah lama tidak memakan pizza, alhamdulillah suka sangat sbb dpt menikmati makanan tersebut. hahahahahaha.. time kasih Temerloh kerana mendirikan Pizza Hut untuk penduduk - penduduk sekitar. sedapp.!! suka suka suka..

yeah..saya dulu yang abis makan, sangat sedap smpai licin pinggan dan mangkuk dan tak lupa air dan jag itu juga.hhehehee

Puas berjalan sehingga malam, tanpa mempedulikan soal - soal pembelajaran, hahahahahaa.. sangat sangat menghilangkan keserabutan di dalam kepala hotakk ku ni.

Jadi, kesannya, hari nie start sudah study untuk menempuh minggu hadapan.

ok,done.! :)




Thursday, November 17, 2011

MESTI ADA SALAH

Syukur ke hadrat Illahi yang aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Syukur juga kepada-Nya kerana sudah selesai 1 lagi kuiz yang telah dijalankan pada pagi tadi. Adat dalam peperiksaan, baca macam nak rak, bangun 5 pagi sebab nak baca dan cuba hafal segala ayat yang terkandung dalam buku teks dan nota yang diberi. Alhamdulillah,,ada juga yang berjaya masuk ke dalam otak walaupun sedikit; aku tetap bersyukur.

Tapi, yakin sangat pun tak boleh, sebab kita hanya manusia. Pemikiran manusia sangat terhad sehinggakan boleh melupakan seseorang. Even kita dah ingat semuanya, kita akan terlupa juga sama ada dalam jangka masa yang lama atau cepat; dan sama ada banyak apa yang kita lupa tue atau sedikit.

Hari ini sangat mendukacitakan kerana QUIZ ECONOMICS. Lain yang baca pulun habis, lain pulak yang keluar. Target ini yang keluar, tapi yang itu yang keluar. Biasenye kita abaikan ayat ayat asas dan kecil,. Tapi sebenarnya itulah soalan yang keluar.



Terkedu, terkilan, terkejut, terkesima, dan segala jenis ter- ter-,. Nak menyesal pown tak guna. Hah. Amik kaw Fana tak lulus quiz kali nie.! Ape nak buat?? Hmmm..redha jela. Ini sahaja yang Fana Zabil mampu buat untuk quiz kali ini (ayat untuk sedapkan hati sendiri).




“CUBA LAGI LAIN KALI“

“TERUSKAN PERJUANGAN“

“JANGAN MENYERAH KALAH”

Wednesday, November 16, 2011

SAYA MEMANG SUKA KUIZ

quiz??

penting ke quiz tue??

quiz - nye mcm mane??

macam mase sekolah - sekolah dulu ke??

ha.ha.ha.ha.

kalau lah kuiz -nye macam kat sekolah, alamat-nye memang best gila la kan.

tak payah nak bertungkus lumus mengadap buku yang sangat sangat dan superrr memeningkan kepala.! aduhhh!!! sakit kepala.. makanlah panadol?? no no no.. i don't like to eat that ubat..! mintak dijauhkan la.~~~..huhuhhu,.
"
"
Esok

17 November 2011

Hari Khamis

Pukul 8.00 pagi

Akan ada 1 quiz

iaitu
ECONOMICS

oleh sebab result quiz 1 tidak memberangsangkan, jadi aku perlu untuk membuat lebih baik lagi untuk quiz 2 ini supaya akan dapat mem-backup keputusan quiz 1 hari itu

Jadi..

Doakan kejayaan aku yew.

Doakan supaya aku dapat menjawab soalan - soalan -nye dengan tenang, baik, dan kalau boleh, dapat markah baik.:)

Terima kasih

:)

Tuesday, November 15, 2011

aduhhh!!! tension-nye aku.!!




Sesungguhnya aku dalam keadaan yang tidak terkawal

Sesungguhnya aku dalam keadaan yang tidak gembira

Sesungguhnya aku dalam keadaan yang sedih

Sesungguhnya aku dalam keadaan berduka

dan

Sesungguhnya aku dalam keadaan stress vs tertekan
;
;
;
;

Tapi kenapa?? kenapa harus terjadi??

Tanda soal yang tiba - tiba menjelma dan datang.


Pening untuk memikirkannya

Membuatkan aku lebih sakit

Apa yang harus aku buat??

Mati??!!!!

......mungkin itu lebih baik......

Saturday, November 12, 2011

BAIKKAH ANDA DENGAN JIRAN??

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Gaduh merupakan perkara biasa dalam kehidupan, dah sebati dan menjadi lumrah dalam kehidupan seharian kita,. ada yang bergaduh dengan keluarga, emak, abah, kakak, abang, adik,. gaduh dengan kawan. even bff pown kadang kadang boleh gaduh jugak. Em.., ber-Gaduh dengan jiran pown boleh berlaku. Tapi tahukah anda bahawasanya jiranlah orang yang paling dekat dan boleh dikatakan orang yang penting yang akan menolong kita di saat kita dalam kesusahan. Tapi, tetap bergaduh jugak. Apaa punca sebenarnye mereka mereka ini bergaduh? adakah disebabkan iri hati? busuk hati? cemburu? hhehehe..kesian hati tue, orang yang buat, tapi hati yang dapat nama.hahaha.nasib nasib! Apa cara yang terbaik untuk memulihkan kembali persefahaman dengan jiran? disini, aku nak kongsikanlah serba sedikit maklumat dan renungan mengenai JIRAN kepada kowang, pembaca pembaca blog ku,. sila baca, fahamkan, renungkan, dan beramallah..:)

PENGERTIAN
jiran, berjiran, dan kejiranan.:-

JIRAN bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.

BERJIRAN bermaksud tinggal berhampiran dengan rumah seseorang bertetangga (bukan rumah orang yang ade tangga).

KEJIRANAN bermaksud yang berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran.

Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ (متفق عليه)
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”

HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN :-
  • Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
  • Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
  • Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
  • Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
  • Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.

IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN :-
  • Kehidupan tidak tenang.
  • Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
  • Terpinggir dari masyarakat.
  • Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
  • Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir (ini sudah kes berat!)

SEPATUTNYE KITA SEBAGAI JIRAN PERLU MENGAMALKAN AMALAN SEPERTI INI :-
  • Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
  • Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
  • Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
  • Mempunyai semangat rela berkorban dan prihatin kepada jiran.



Thursday, November 10, 2011

Serius Tak Sempat Nak Update Blog


Assalamualaikum kawan - kawan,

Sori sangat sangat yew kawan - kawan sebab memang dah lama gila tak 'update' blog yang tercinta ini.!!hahahahaa..

Eh..tolongggg sikit..!! bukan sengaja aw..niat masa buat blog nie nak update hari hari, tapi pakaian hari - hari gak yang dapat..!:P..hahahaa.. takde lah..gurau saje..,, mmg ape orang selalu kata, KITA HANYA MERANCANG, TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN.. jadi, jangan la mara, dan jangan la rasa bosan dengan blog ini yeah.. teruskan sokongan anda, kerana sokongan anda itulah membuatkan dan menambahkan semangat aku untuk terussss meng-update, menulis cite cite sensasi lagi hottt tapi tak selalu.hahahaaha.., tentang diri aku, kehidupan aku.. sepanjang hidup aku dimuka bumi ini..

Actually, memang banyak cite yang nak dikongsikan bersama ngan kalian,, tappiiii bile pikir pikir balik, agak takot untuk menulis semuanyeaaa..takot mengaibkan nama orang,, takot orang terasa, padahal cite pasal orang lain!!hahahahaa.. yew..! memang la blog ini hanya untuk Nor Farhana, bila dah baca,. dah la! lupakan saja..jadikan ianya sebagai pengajaran dan teguran untuk diri kita,, tapi kkadang ada gak mata mata,,atau lebih dikenali sebagai busy body person/people..yang menyampaikannye kepada orang lain.! tak sedap la mcm tue kan,,huhuhuhuhuhuu.. soooo harap sangat kat kowang, kalo dah baca tue, diam diam jela..heehehehe.. you keep my secret, so I keep your secret too..:) peaceee~

Sudah., aku sudah mula mencarut..!! hahahaahaa.. jadi sekarang nie aku dalam dilema either nak cerita kat kowang, atau tak..!! eeeemmmmm... tak payah la kot.! sorrriiii... hahaahaha..

Ok la..kite cite pasal pelajaran jela k,,(nak amik hati pembaca.:P)

memang sudah termaktub dalam kamus hidup aku yang aku ditakdirkan untuk belajar. dan tidak lari dari masalah.!! ala, kalo g mane mane pown, tak sah kalo takde masalah.! kan kan kan?? hah..see.. even kowang pown mesti ade masalah kan,? tak kire la tengah ade masalah ke, penah ade masalah ke, dan akan ade masalah.. hah.amik kaw.,! aku bagi bagi sekali present tense, past tense, ngan future tense,,! hahaahahaa..

Sekarang nie mmg ngah super super duper sibuk.! pasal pelajaran la..heheehe.. nak kena wat itu, kena wat ini,. dan yang paling parah nye,, naik cuti nie dah kena submit..! o.m.g.. sempat ke??? hahaahahaha..gelak hampir nak jadi gila nie. heeellllpppp!! :( so, that why laa sudah lama aku takde dlm blog nie,,harap kowang paham..dan sedia maklum ngan keadaan aku sekarang., huhuhuhuhuhuu

Em..k la. nak g sambung wat keje.. tapi makan jgn lupa.. nah amik kaw makan burger pagi pagi nie..weekkkkk~~~

Tuesday, October 18, 2011

susah minggu ini, senang minggu depan

Assalamualaikum kepada pembaca - pembaca yang dikasihi sekalian. Apa khabar?? dah makan lom nie?? minum plak?? hehehe..kalo makan, jangan lupa minum aw. nanti tersedak plak., dah dpt penyakit lain.. kan kita sepatutnye menghindarkan diri dari sebarang penyakit..btol x?? tapiiii,,, kalo dah nak sakit, nak wat macam mane kan?? bukannya kita mencari sakit, tapi sakit yang meronta - ronta datang menghampiri kita..hahhahaahahaa..

So, ape 'plan' kowang minggu nie?? sempena hari cuti holiday satu negeri Pahang pada hari Isnin dan tak lupa jugak holiday for Deepavali pada hari Rabu, kowang dah ade perancangan blom?? hehehehehehe..Perancangan tue mesti la ade kan? Tapi kita tak tau yang apa yang kita rancang tue menjadi atau tak.! tapi harap - harap la segala apa yang dirancang tue menjadi kenyataan hendaknya,,hehehee,,

According to main topic yang dah saya tulis di dalam title post saya kali ini, agak - agak apa yang kowang paham? apa yang susah? siapa yang susah? apa kena mengena minggu ini dengan minggu depan?? hhhmmmm..thinking..thinking..thinking again n again n again sampai dapat jawapannye..hehehehe..

Emmmm...tak dpt?? ok la..meh sini saya habak kat hangpa semuA ya,, minggu nie memang keadaan dan situasi di kampus UITM Jengka agak huru - hara dengan kerumunan pelajar - pelajar degree menghadapi quiz/test sebelum bercuti agak panjang di minggu hadapan.. mula - mula niat dalam hati nie taknak balik la sbb mau save duit untuk balik kampung pada minggu hadapannya.. tapi disebabkan beberapa faktor(ayat dalam buku) yang telah mengubah niat dan minda saya untuk balik pada minggu nie..!!!

Apa faktor - faktor nye??
1. ramai student yang balik.
2. takot tinggal sowang - sowang.
3. terlalu lama cuti.
4. yang paling penting faktornye adalah cafe dan dewan makan tak bukak sepanjang cuti selama 6 hari.

wei..macam mane aku nak makan?? macam mane aku nak hidup sowang - sowang kat sini? tanpa makanan, kawan, orang.!! takkan nak kawan ngan kucing kot, ngan anjing kot, ngan ehem2x kot..? hahhahahahaa.. jadi kesimpulannya aku mengambil keputusan muktamad untuk balik ke rumah ku yang dah lame tak balik hampir 2 bulan.! muktamad!! takde nak pikir - pikir lagi dah.!

Jadi, pesanan kepada orang Johor, Ana balik minggu nie cuti seminggu aw.! nanti bleh la tolong apa yang patut untuk majlis ............ itu nanti..hehehee..



Saturday, October 15, 2011

memang kena gaduh ke??

Assalamualaikum,,

Hye kawan-kawan,,

amacam hari nie,?? best x?? mesti best la kan..duit ptptn dah keluar,, ape lagi, jalan la.! hehehee.. xpe2.,saya dah biasa ngan keadaan disini sebagai seorang yg xde duit.hu9. hanya perlu duduk di dalam bilik membuat apa-apa yang patut..! sadisnye la ayat.he4

eeeeemmmmmmmmmmmmm..

kowang penah gaduh tak?? gaduh ngan sape-sape la.. ngan kawan ke, ngan family ke, atau yg paling selalu pnye gaduh mesti ngan pasangan masing-masing kan??!!! ele..taknak ngaku konon.. sudahhh laaaa....semua orang akan gaduh pnye..! cuma yang membezakan adalah berapa banyak kali kita gaduh,,?? dan ape yang menyebabkan kita gaduh?? bila kita pikir-pikir balik kan, perlu ke kita gaduh?? wajib? sunat? harus? atau ianya gaduh-gaduh sayang aja?? hmmm..

Aku pown tak lari dari itu la beb..that's why la aku cite nie..hehehe..padahal benda yang menjadi punca pergaduhan tue kecik aja,, dan rasanya tak perlu nak mara kot..tapi,,ntah la..naluri kemarahan tue membuak-buak sampai tak boleh nak kawal dah.! salah aku ke?? salah dia ke?? atau dua-dua salah?? atau sebenarnya dua-dua tak salah..! hanya salah paham?? em..mungkin jugak..

Memang tiada jawapan yang tepat untuk diberitahu dan di-omongkan kepada kowang-kowang yang sedang husyuk membaca.!!heheheh..it's very subjective.. no choice answer either A, B, C, or D..hehehe..kena jawab sendiri..sebab jawapannya ada pada anda..ceh~~..hahahaha..

Nape kita gaduh?? adakah sebab hasutan syaitan yang ber-colour merah??? jeng jeng jeng.! seram plak.!!



Kalau gaduh?? apa tindakan kowang?? Bertengkar?? bawak berbincang dengan cara yang baik?? atau hanya berdiam??
Kkadang kita nak sangat wat sesuatu tue dengan cara yang baik,. tapi lain yang dirancang, lain yang dapat.. dah elok-elok start ber-bincang..ttibe datang pulak hasutan SETANNN ya
ng tak diundang..!! hmmm..pokok pangkalnya dari kita jugak..!!

So, kesimpulannya..Hhhaahahaa...takde pew..saje nak cakap yang aku dah banyak kali gaduh ngan dia even belom sampai sebulan couple..dugaan-dugaan..!! tapi 1 je yang saya nak awk tahu.. SAYA SAYANG AWAK..:).. kita jangan gaduh-gaduh lagi aw..huhuhuhuhu,,

Friday, October 14, 2011

amboi..sibuk betul FANA nie sampai tak sempat nak update blog

Assalamualaikum,,

sihat tak kowang semua nie??

hehhehehehehe..

lamanya rasa x update cite-cite baru lagi sensasi dalam kehidupan-hidup aku sekarang nie.. almaklumlah..dah ade tanggungjawab yang lebih besar sbgai seorang pelajar kan.. kenalah berkorban banyak masa dalam ilmu-ilmu pembelajaran.. bukan untuk sape pown.. untuk diri kita jugak.hahahaha..

Memang gila la minggu lepas..macam-macam benda nak buat, macam-macam benda yang berlaku. itu ini..itu ini.!!hmm..pening dibuatnye..haishhh..istighfar banyak-banyak..tapi kadang-kadang tak boleh kawal pown..,,sampai ada suatu masa tue, rasa macam nak quit je dari sini.!!! tension!!

kenapa saya tension??!! emmmm..mungkin sebab tekanan. em..stress.! hahaha..same je maksudnye kan..,kakakakakakaka...ok2x..serius.!! mungkin sebab dah setahun dok bekukan otak nie dok layan facebook,,internet je an..,mengakibatkan saya agak ter-shokkkk dengan situasi dan keadaan disini sebagai pelajar degree..

Nape saya asyik sebut pelajar degree je?? awak rasa saya bangga diri ke??

Nak jawapan??

em..jawapannya adalah Yes.! mmg saya bangga..saya bangga menjadi seorang pelajar degree, ijazah sarjana muda..setelah permohonan saya ditolak untuk kemasukan semester lepas,. mmg rasa bertuah dan happy gilak la ble berjaya dpt masuk Universiti nie.!! hhahahahaha..

ok.

Berbalik pada kisah nak diungkapkan kan,,mmg dari minggu lepas smpai la kehari ini,, mmg banyak benda-benda yang berlaku..! nak tau?? meh baca di bawah.:-

1. junior's night - semua student part1 kena wat persembahan.. setiap sowang kena joint 1 persembahan either dikir, pentomen, fashion show atau sketsa.. akibat dari sikap saya yang agak tamak nak masuk banyak-banyak..saya masuk la dikir ngan sketsa! hahaha..tamak tak saya.. tapi yang sedih..sebab mula-mula excited nak belajar dikir barat, tapi last-last tak jadi sebab tak pndai,,jadi terpaksa tukar kepada nasyid..!so sad~..huhuhuhu..

2. hari selasa siang waktu kelas sebelum malam junior's night tue, ada pulak kuiz.. bukan calang-calang subjek ok.. subjek killer punye.. ECONOMICS!! killer tak killer..!hhahahaa.. so, dari situ mulalah ke-stress-an saya bila banyak sangat benda nak buat.. nak kena pegi itu,, pegi ini.. nak study lagi..ayoyo~~ pening wei..,,

3. hari rabu malam pula ada kuiz lagi untuk subjek office automation.. IT.. banyak benda nak kena hafal..! mula-mula dalam bilik, hafal nak bagai..tapi bila sampai Dewan Kuliah je terus blank.!!

Hah..banyak kan..?? tue blom termasuk assignment lagi nak kena hantar.! ayoyo~~.. tekanan betul rasa..!! nasib baik ade en.abang yang tolong bagi semangat..!!teeett~..

Hah..dah dah dah..xpyh nak tanya lebih-lebih k,, dah baca tue diam, jangan nak kecoh-kecoh plak..hehehe..rahsia tetap rahsia..hehehe..

em..

k la..

chow dulu..

bye.

Assalamualaikum,,:)

Sunday, October 9, 2011

penat kot sekarang nie

Assalamualaikum,,

Maaf la kowang-kowang semua sebab dah lama jugak kan saya tak meng-update cite-cite sensasi dari kehidupan saya sekarang nie..hehehe..

Well, as a student yang baru nak menapak di dunia seorang pelajar degree, memang boleh dikatakan masa yang ada pada setiap hari sentiasa terisi dengan aktiviti-aktiviti ilmiah. Ilmiah bukan sahaja mengadap buku ok,,byk lagi aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan kampus la.!

Hah..sekarang nie pulak,.saya agak totally sibuk sesibuk sangat dengan program JUNIOR’S NIGHT. Yang dimana malam junior tue, budak-budak semester 1 perlu buat persembahan di depan audience..! ayoyo..dah la sibuk dengan assignment group, assignment individual, kuiz,,presentation lagi..! pastue nak wat persembahan untuk junior’s night..!

Ape nak jadi la sekarang nie..,,nasib badan ko la fana..nak sangat sambung bljr kan.. hah..ko tanggung la sendiri..!!!!

Friday, September 30, 2011

bengang jugak bila dengar


Ko-kurikulum tue membebankan ke??

Perlu ke ko-kurikulum tue??

Boleh tak xpyh amik??

Hah.nape??nak tau??ehehehe..sabar dulu yew awak..hehehee..tarik nafas dlm-dlm..baru boleh cite pnjg2..hehee..

Ok.

Seperti yang kowang sedia maklum, setiap pelajar semester 1 tak kira la dari kolej ke, dari politeknik ke, dari U ke,,mmg diwajibkan kepada semua pelajar semester 1 untuk amik subjek ko-ko nie..,! best ke?? Em..bergantung pada ko-ko apa yang kita buat. Tapi biasanya semester 1 mesti dapat yang teruk-teruk. Kalau mase kat politeknik dulu..kiteowg kte poly-briged.! Kawad..!! sama la jugak ngan kat sini.(uitm jengka)..KESATRIA..! lagi teruk dari poly-briged kteowg masa kat poli dulu.. Alhamdulillah..aku tak payah amik lagi subjek tue.. TRANSFER CREDIT je..senang.!!hahahhaa..

Kesian bila dengar macam-macam cite pasal ko-ko tue (KESATRIA).. majoriti yang kata yang dyowg kena buli la..kena denda la..macam-macam..semuanya tentang keburukan!! Teruk sangat ke?? Nape bleh jadi macam tue?? Hmmm..bila dengar sndiri dari mulut budak-budak kesatria tue,,terkejut gila gila gila pnye gila la.!!! Rasanya tak patut kot dyowg wat cm tue.!! Ingat nie kem askar ke?? Ingat kteowg nak sgt amik KESATRIA nie??hmmm.

Apa la salahnya kalau nak tegur tue, biarlah dengan cara yang baik.! Jgn terlalu memalukan orang.. takot diri sendiri merana terima balasan.. ish..bukan nak mendoakan..tapiii,,,manelah tau kan.. kite nie ingat-ingatkan aja..hehehe..

K la..kepada kawan-kawan kelas yang tension bebenar ngan ko-ko tue..banyak2kan bersabar k,, tahan jela untuk 3 semester nie..hehehee..

Wednesday, September 28, 2011

DUNIA BARU DI UITM JENGKA

Assalamualaikum,,,

Ayoyo..sudah lama tidak mengupdate blog ku yang tercinta nie..hahaahaha..banyak sgt kerk keje tue? Xde mase sgt kerk nak update-update blog nie?? Hah.apa lagi nak tnye?? Nak jawapan?? Jawapannya adalah memang btol pown ape soalan-soalan yang kat atas tue tnye.. mmg banyak sgt keje..mmg xde mase..dan yang paling good reasonnye adalah MALAS..!!hahaaha..mmg malas gile nak update blog.. malas nak taip..malas nak karang ayat..malas nak susun ayat..dan bla bla bla..!! whatever.!!!

Seperti yang kowang sedia maklum,,aku sekarang nie sedang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi dari apa yang aku dah dapat sebelum nie.. mula-mula Pra-Sekolah, PTS tapi x lepas, UPSR, PMR, dan SPM..!! pas SPM baru bleh cari keje..! tapi tetap x cukup kan.? So..sambung lagi.. tp bukan STPM but DIPLOMA..agak susah dan mencabar.! Tapi take it as a challenge..jgn mudah putus asa..cehwoaaahh.!! hahahaha..done dpt diploma..! sambung lagi..hah..ape plak?? DEGREE la a.k.a IJAZAH.. baru je masuk nie..masih lagi dlm awang-awangan untuk menarik balik minat otak dan fikiran aku ini untuk belajar.! Bkn senang tau degree nie..perlukan komitmen yang btol ngan masa.!! Kalau x pndai manage mase mmg teruk la jadinye..so be careful..tapi kowang jgn risau la..pelan-pelan..slow-slow..jgn kelam-kabut..! amik kau..ayat-ayat berganda je aku guna.!! Use it..jgn segan-segan nak guna ayat-ayat Bahasa Melayu dan English yang kita tau..hehehehe..poyosss la plak!!!..

Ok..berbalik pada cerita yang nak aku story kat kowang nie..kehidupan di sini tidaklah seperti yang disangka oleh orang lain..tapi ada jugak beberapa perkara yang sama yang orang lain bgtau.. ada yang baik dan ada yang buruk..ada yang betul dan ada yang salah..depends pada kita punye pendirian dan mind kita. Either nak ikut, suka atau sebaliknya…TERPULANG.!!

Orang kata kat sini takde hiburan..BETUL!!mmg betul sekali..kat sini mmg totally xde hiburan yang biasa kita buat..mcm karaoke, bowling, wayang..!! maybe disebabkan kat sini semuanya orang melayu,, so.. xperlu kot nak bina kedai-kedai untuk jenis hiburan yang mcm tue.! Aku rasa la..hahaaha.. hah..tapi xdela kat sini semua orang melayu..ada gak aku nmpk orang-orang Asing..mcm Bangladesh.! Mmg hampir agak ramai jugak la..keje2 biase nie an..mmg penuh la orang luar.!!

Study..?? em..ok la..but kat sini subjek-subjek semua in English.. nak tak nak..kena baca dan paham gak..sudahnya, mmg kena bawak KAMUS kehulu-kehilir la!!hahahaa..bagus kan?? Mcm pelajar pintar plak.!!! So far kat sini semua ok la.!! Tapi kat sini xde tv, xde washing machine..sama mcm asrama sekolah menengah..!! terima jelah.nak berjaya kan,,kenalah berkorban..Insyaallah kelak akan mendapat kejayaan.Amin~..

Em..rasanya smpai sini je kot..!! next time kalau rajin update lagi..akan ku update jugak..hehehe.. have a nice day..~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...