Sunday, November 27, 2011

KENAPA MALAS SANGAT NAK STUDY??


Kenapa?

Pernahkah kowang pikir macam mana bahasa kita wujud? dan macam mana kita boleh faham bahasa - bahasa asing?? hah..cuba fikir..! em..kowang pikir la dulu k,. kang lambat plak nak abiskan entry nie kalau tunggu kowang jawab. teeett~~hehehee..

Kenapa. Pertanyaan yang selalu kita sebut.! kenapa awak macam nie? kenapa mesti berpisah? kenapa mesti ko yang dapat lebih? kenapa? kenapa? em..kalaulah kenapa tue boleh bercakap, mesti dia suruh kita - kita nie diam kan.! asik tak puas hati je. tanya kenapa - kenapa.! hahahaha.

Kenapa?

Hah..tanya lagi.. kenapa malas sangat nak study nie?? minggu lepas punya la excited kononnya dah bertekad nak study minggu nie ekoran ada 2 quiz next week. tapppiiii.. kenapa SETAN menghasut aku untuk tidak belajar,.? even nak baca pun malas! hmmm.Ya Allah. tolonglah hambamu ini.. berikanlah aku kekuatan untuk menghapuskan hasutan
syaitan yang direjam ini Ya Allah.~~

Tolonglah. bagi lah FANA ZABIL nie semangat untuk study.! PLLZZZ help me...:(

bagi sesiapa yang sudi tolong Fana,

silalah click button help dibawah,

mintak tolong sangat - sangat nie.

huhuhuhuhu.

jeng jeng jeng. takde pown. hahahaa..kena tipu. wekk!!
jangan mara yew.
smile.:)


Saturday, November 26, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 1433H


Dikesempatan ini, Fana Zabil nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam hari ini

26 november 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H.

Semoga di tahun baru ini,. kita dapat mengumpul banyak lagi pahala. dan peroleh kejayaan.

amin~~

Thursday, November 24, 2011

My Birthday is Today


Alhamdulillah & syukur sangat ke hadrat Illahi kerana memberikan aku peluang untuk terus hidup dimuka bumi ini selama 21 tahun.

Tak nak cakap banyak. nah! amik baca.:)
"
"
"
"
"

bawah lagi
"
"
"
haahahaha..sabar yew.
"
"
"
"

hah.see la.


Tak nampak?? nah tgk lebih jelas?? sila tekan gambar diatas. terima kasih.:)

lagi 1

saya dapat kek!


thanks to farah sudi bagi kek nie. terima kasih banyak - banyak.

SAYANG KORANG SEMUA.!!

Wednesday, November 23, 2011

MANA KEADILAN KALIAN??

mana keadilan kamu?

kenapa seperti kami di anak tirikan dalam kawasan ini?

Siapakah sebenarnya kami di hati kalian?

Patutkah kalian melayan kami sebegini?

em..

Kami tidak meminta perkara ini berlaku

Kami bukan mahu membantah

apatah lagi mahu ber-kurang ajar kepada kalian

Tapi

Janganlah membuat kami berada dalam keadaan yang menyampah sama kamu

kami datang ke sini

Adalah untuk belajar

Tapi tahap kesabaran kami ada terhadnya

kerana kami juga manusia biasa

yang akan merasa sedih, duka, tertekan

apabila dalam keadaan yang mendukacitakan

Tolong lah.

Kami ingin gembira disini

Setelah kami berkorban berjauhan dengan keluarga

Jangan buat kami seperti ini



I.N.I T.I.D.A.K A.D.I.L.L.L.L.L.L!!

Tuesday, November 22, 2011


Selesai sudah test dan kuiz untuk minggu ini

Syukur sangat ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini tanpa mengalami sebarang penyakit. Penyakit jangan dicari,: sekali anda terjebak dengan penyakit, susah untuk mengubatinya:. Jeng jeng jeng

Semua orang tahu, minggu ini memang agak kelam kabut hidup aku,. Dengan bermacam – macam urusan. Urusan itu lah. Urusan ini lah. Urusan belajar lah. Dan tak lupa juga urusan peribadi.!

Tapi, entry kali ini,.aku tak nak sentuh pasal peribadi. It’s too secret nak di-share kan bersama. Hahahaha.. jangan mara yew..

Economies – test – Monday

Business – quiz – Tuesday

Hah..dua2x subjek nie dah selesai. Alhamdulillah!

Tak kira la bape banyak markah yang aku dapat,, yang penting dah lepas. LET BY GONE BE BY BONE.!! Hehehehe..

Now sekarang mau releasekan tension dengan mengenepikan segala buku – buku jauh dari pandangan dan focus-kan pada laptop yang tersayang. Heheheh..

Dan bersiap sedia jangan lupa tentang hal penting next week. Dua (2) kuiz yang akan menjelma.! Watch out..!!

hadapilah kuiz dengan senyuman.:)


Saturday, November 19, 2011

IBARAT HARI GEMBIRA SEDUNIA

Assalamualaikum,

bukan hari ini tapi hari semalam bersamaan hari Jumaat 18 nov 2011.

Hari Jumaat sahaja dah memberi maksud yang gembira iaitu Penghulu segala hari, yang dimana hari yang paling dinanti2kan oleh orang Islam. untuk ape?? ish..untuk berIbadah la.. Tapi kalau untuk budak sekolah, dan tak lupa cikgu - cikgu sekolah, hari Jumaat 18 nov 2011 merupakan hari yang paling dinanti2kan kerana semalam merupakan hari terakhir sesi persekolahan tahun ini. Bestnyeeee!!!!! ok.aku bukan budak sekolah lagi. so so so..jangan jadi over excited melebihi mereka - mereka ok. tett~~..

Em..seperti yang tertera dekat title post entry aku kali ini., hari semalam hari Jumaat bersamaan 18 nov 2011, aku rasa adalah hari yang sangat meng-releasekan tension ku ketika ini. hahahahaha.. ayat sadis yang dianggap klishe.! well well well.. inilah kehidupan,. penuh dengan pancaroba. cehh!!

ok sudah.,

Sudah lama tidak memakan pizza, alhamdulillah suka sangat sbb dpt menikmati makanan tersebut. hahahahahaha.. time kasih Temerloh kerana mendirikan Pizza Hut untuk penduduk - penduduk sekitar. sedapp.!! suka suka suka..

yeah..saya dulu yang abis makan, sangat sedap smpai licin pinggan dan mangkuk dan tak lupa air dan jag itu juga.hhehehee

Puas berjalan sehingga malam, tanpa mempedulikan soal - soal pembelajaran, hahahahahaa.. sangat sangat menghilangkan keserabutan di dalam kepala hotakk ku ni.

Jadi, kesannya, hari nie start sudah study untuk menempuh minggu hadapan.

ok,done.! :)




Thursday, November 17, 2011

MESTI ADA SALAH

Syukur ke hadrat Illahi yang aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Syukur juga kepada-Nya kerana sudah selesai 1 lagi kuiz yang telah dijalankan pada pagi tadi. Adat dalam peperiksaan, baca macam nak rak, bangun 5 pagi sebab nak baca dan cuba hafal segala ayat yang terkandung dalam buku teks dan nota yang diberi. Alhamdulillah,,ada juga yang berjaya masuk ke dalam otak walaupun sedikit; aku tetap bersyukur.

Tapi, yakin sangat pun tak boleh, sebab kita hanya manusia. Pemikiran manusia sangat terhad sehinggakan boleh melupakan seseorang. Even kita dah ingat semuanya, kita akan terlupa juga sama ada dalam jangka masa yang lama atau cepat; dan sama ada banyak apa yang kita lupa tue atau sedikit.

Hari ini sangat mendukacitakan kerana QUIZ ECONOMICS. Lain yang baca pulun habis, lain pulak yang keluar. Target ini yang keluar, tapi yang itu yang keluar. Biasenye kita abaikan ayat ayat asas dan kecil,. Tapi sebenarnya itulah soalan yang keluar.



Terkedu, terkilan, terkejut, terkesima, dan segala jenis ter- ter-,. Nak menyesal pown tak guna. Hah. Amik kaw Fana tak lulus quiz kali nie.! Ape nak buat?? Hmmm..redha jela. Ini sahaja yang Fana Zabil mampu buat untuk quiz kali ini (ayat untuk sedapkan hati sendiri).




“CUBA LAGI LAIN KALI“

“TERUSKAN PERJUANGAN“

“JANGAN MENYERAH KALAH”

Wednesday, November 16, 2011

SAYA MEMANG SUKA KUIZ

quiz??

penting ke quiz tue??

quiz - nye mcm mane??

macam mase sekolah - sekolah dulu ke??

ha.ha.ha.ha.

kalau lah kuiz -nye macam kat sekolah, alamat-nye memang best gila la kan.

tak payah nak bertungkus lumus mengadap buku yang sangat sangat dan superrr memeningkan kepala.! aduhhh!!! sakit kepala.. makanlah panadol?? no no no.. i don't like to eat that ubat..! mintak dijauhkan la.~~~..huhuhhu,.
"
"
Esok

17 November 2011

Hari Khamis

Pukul 8.00 pagi

Akan ada 1 quiz

iaitu
ECONOMICS

oleh sebab result quiz 1 tidak memberangsangkan, jadi aku perlu untuk membuat lebih baik lagi untuk quiz 2 ini supaya akan dapat mem-backup keputusan quiz 1 hari itu

Jadi..

Doakan kejayaan aku yew.

Doakan supaya aku dapat menjawab soalan - soalan -nye dengan tenang, baik, dan kalau boleh, dapat markah baik.:)

Terima kasih

:)

Tuesday, November 15, 2011

aduhhh!!! tension-nye aku.!!




Sesungguhnya aku dalam keadaan yang tidak terkawal

Sesungguhnya aku dalam keadaan yang tidak gembira

Sesungguhnya aku dalam keadaan yang sedih

Sesungguhnya aku dalam keadaan berduka

dan

Sesungguhnya aku dalam keadaan stress vs tertekan
;
;
;
;

Tapi kenapa?? kenapa harus terjadi??

Tanda soal yang tiba - tiba menjelma dan datang.


Pening untuk memikirkannya

Membuatkan aku lebih sakit

Apa yang harus aku buat??

Mati??!!!!

......mungkin itu lebih baik......

Saturday, November 12, 2011

BAIKKAH ANDA DENGAN JIRAN??

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Gaduh merupakan perkara biasa dalam kehidupan, dah sebati dan menjadi lumrah dalam kehidupan seharian kita,. ada yang bergaduh dengan keluarga, emak, abah, kakak, abang, adik,. gaduh dengan kawan. even bff pown kadang kadang boleh gaduh jugak. Em.., ber-Gaduh dengan jiran pown boleh berlaku. Tapi tahukah anda bahawasanya jiranlah orang yang paling dekat dan boleh dikatakan orang yang penting yang akan menolong kita di saat kita dalam kesusahan. Tapi, tetap bergaduh jugak. Apaa punca sebenarnye mereka mereka ini bergaduh? adakah disebabkan iri hati? busuk hati? cemburu? hhehehe..kesian hati tue, orang yang buat, tapi hati yang dapat nama.hahaha.nasib nasib! Apa cara yang terbaik untuk memulihkan kembali persefahaman dengan jiran? disini, aku nak kongsikanlah serba sedikit maklumat dan renungan mengenai JIRAN kepada kowang, pembaca pembaca blog ku,. sila baca, fahamkan, renungkan, dan beramallah..:)

PENGERTIAN
jiran, berjiran, dan kejiranan.:-

JIRAN bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.

BERJIRAN bermaksud tinggal berhampiran dengan rumah seseorang bertetangga (bukan rumah orang yang ade tangga).

KEJIRANAN bermaksud yang berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran.

Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ (متفق عليه)
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”

HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN :-
  • Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
  • Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
  • Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
  • Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
  • Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.

IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN :-
  • Kehidupan tidak tenang.
  • Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
  • Terpinggir dari masyarakat.
  • Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
  • Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir (ini sudah kes berat!)

SEPATUTNYE KITA SEBAGAI JIRAN PERLU MENGAMALKAN AMALAN SEPERTI INI :-
  • Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
  • Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
  • Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
  • Mempunyai semangat rela berkorban dan prihatin kepada jiran.



Thursday, November 10, 2011

Serius Tak Sempat Nak Update Blog


Assalamualaikum kawan - kawan,

Sori sangat sangat yew kawan - kawan sebab memang dah lama gila tak 'update' blog yang tercinta ini.!!hahahahaa..

Eh..tolongggg sikit..!! bukan sengaja aw..niat masa buat blog nie nak update hari hari, tapi pakaian hari - hari gak yang dapat..!:P..hahahaa.. takde lah..gurau saje..,, mmg ape orang selalu kata, KITA HANYA MERANCANG, TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN.. jadi, jangan la mara, dan jangan la rasa bosan dengan blog ini yeah.. teruskan sokongan anda, kerana sokongan anda itulah membuatkan dan menambahkan semangat aku untuk terussss meng-update, menulis cite cite sensasi lagi hottt tapi tak selalu.hahahaaha.., tentang diri aku, kehidupan aku.. sepanjang hidup aku dimuka bumi ini..

Actually, memang banyak cite yang nak dikongsikan bersama ngan kalian,, tappiiii bile pikir pikir balik, agak takot untuk menulis semuanyeaaa..takot mengaibkan nama orang,, takot orang terasa, padahal cite pasal orang lain!!hahahahaa.. yew..! memang la blog ini hanya untuk Nor Farhana, bila dah baca,. dah la! lupakan saja..jadikan ianya sebagai pengajaran dan teguran untuk diri kita,, tapi kkadang ada gak mata mata,,atau lebih dikenali sebagai busy body person/people..yang menyampaikannye kepada orang lain.! tak sedap la mcm tue kan,,huhuhuhuhuhuu.. soooo harap sangat kat kowang, kalo dah baca tue, diam diam jela..heehehehe.. you keep my secret, so I keep your secret too..:) peaceee~

Sudah., aku sudah mula mencarut..!! hahahaahaa.. jadi sekarang nie aku dalam dilema either nak cerita kat kowang, atau tak..!! eeeemmmmm... tak payah la kot.! sorrriiii... hahaahaha..

Ok la..kite cite pasal pelajaran jela k,,(nak amik hati pembaca.:P)

memang sudah termaktub dalam kamus hidup aku yang aku ditakdirkan untuk belajar. dan tidak lari dari masalah.!! ala, kalo g mane mane pown, tak sah kalo takde masalah.! kan kan kan?? hah..see.. even kowang pown mesti ade masalah kan,? tak kire la tengah ade masalah ke, penah ade masalah ke, dan akan ade masalah.. hah.amik kaw.,! aku bagi bagi sekali present tense, past tense, ngan future tense,,! hahaahahaa..

Sekarang nie mmg ngah super super duper sibuk.! pasal pelajaran la..heheehe.. nak kena wat itu, kena wat ini,. dan yang paling parah nye,, naik cuti nie dah kena submit..! o.m.g.. sempat ke??? hahaahahaha..gelak hampir nak jadi gila nie. heeellllpppp!! :( so, that why laa sudah lama aku takde dlm blog nie,,harap kowang paham..dan sedia maklum ngan keadaan aku sekarang., huhuhuhuhuhuu

Em..k la. nak g sambung wat keje.. tapi makan jgn lupa.. nah amik kaw makan burger pagi pagi nie..weekkkkk~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...