Saturday, November 12, 2011

BAIKKAH ANDA DENGAN JIRAN??

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Gaduh merupakan perkara biasa dalam kehidupan, dah sebati dan menjadi lumrah dalam kehidupan seharian kita,. ada yang bergaduh dengan keluarga, emak, abah, kakak, abang, adik,. gaduh dengan kawan. even bff pown kadang kadang boleh gaduh jugak. Em.., ber-Gaduh dengan jiran pown boleh berlaku. Tapi tahukah anda bahawasanya jiranlah orang yang paling dekat dan boleh dikatakan orang yang penting yang akan menolong kita di saat kita dalam kesusahan. Tapi, tetap bergaduh jugak. Apaa punca sebenarnye mereka mereka ini bergaduh? adakah disebabkan iri hati? busuk hati? cemburu? hhehehe..kesian hati tue, orang yang buat, tapi hati yang dapat nama.hahaha.nasib nasib! Apa cara yang terbaik untuk memulihkan kembali persefahaman dengan jiran? disini, aku nak kongsikanlah serba sedikit maklumat dan renungan mengenai JIRAN kepada kowang, pembaca pembaca blog ku,. sila baca, fahamkan, renungkan, dan beramallah..:)

PENGERTIAN
jiran, berjiran, dan kejiranan.:-

JIRAN bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.

BERJIRAN bermaksud tinggal berhampiran dengan rumah seseorang bertetangga (bukan rumah orang yang ade tangga).

KEJIRANAN bermaksud yang berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran.

Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ (متفق عليه)
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”

HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN :-
  • Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
  • Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
  • Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
  • Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
  • Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.

IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN :-
  • Kehidupan tidak tenang.
  • Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
  • Terpinggir dari masyarakat.
  • Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
  • Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir (ini sudah kes berat!)

SEPATUTNYE KITA SEBAGAI JIRAN PERLU MENGAMALKAN AMALAN SEPERTI INI :-
  • Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
  • Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
  • Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
  • Mempunyai semangat rela berkorban dan prihatin kepada jiran.



2 comments:

Yasmin ♥ said...

Nice sharing dear .
Dah follow kamuu ;)

FANA ZABIL said...

thanks..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...