Thursday, November 17, 2011

MESTI ADA SALAH

Syukur ke hadrat Illahi yang aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Syukur juga kepada-Nya kerana sudah selesai 1 lagi kuiz yang telah dijalankan pada pagi tadi. Adat dalam peperiksaan, baca macam nak rak, bangun 5 pagi sebab nak baca dan cuba hafal segala ayat yang terkandung dalam buku teks dan nota yang diberi. Alhamdulillah,,ada juga yang berjaya masuk ke dalam otak walaupun sedikit; aku tetap bersyukur.

Tapi, yakin sangat pun tak boleh, sebab kita hanya manusia. Pemikiran manusia sangat terhad sehinggakan boleh melupakan seseorang. Even kita dah ingat semuanya, kita akan terlupa juga sama ada dalam jangka masa yang lama atau cepat; dan sama ada banyak apa yang kita lupa tue atau sedikit.

Hari ini sangat mendukacitakan kerana QUIZ ECONOMICS. Lain yang baca pulun habis, lain pulak yang keluar. Target ini yang keluar, tapi yang itu yang keluar. Biasenye kita abaikan ayat ayat asas dan kecil,. Tapi sebenarnya itulah soalan yang keluar.



Terkedu, terkilan, terkejut, terkesima, dan segala jenis ter- ter-,. Nak menyesal pown tak guna. Hah. Amik kaw Fana tak lulus quiz kali nie.! Ape nak buat?? Hmmm..redha jela. Ini sahaja yang Fana Zabil mampu buat untuk quiz kali ini (ayat untuk sedapkan hati sendiri).




“CUBA LAGI LAIN KALI“

“TERUSKAN PERJUANGAN“

“JANGAN MENYERAH KALAH”

2 comments:

nurkaloi said...

gud luck dear ^_^ bese laaa ujian kann

FANA ZABIL said...

yeah..hehehe..tq jane sbb bagi support..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...