Wednesday, December 26, 2012

Jangan Putus Asa Untuk Kembali

Halolololololo... Assalamualaikum..

Marry Christmas kepada sesiapa yang menyambut nye.. kepada orang Islam,, no no no.. jgn sambut yew. hehehee.. ckp la byk perayaan yg kita boleh sambut untuk orang Islam..

hehehee..

Ada pepatah mengatakan "Putus asa jangan sekali"... mane ntah dapat pepatah tue, aku pun kurang pasti, tapi apa yang pasti,, Macam pernah dengar aje ayat tue, tapi dimana ya?? hahahaha...

Sempena cuti perayaan 25 December in, memang sure sure la kan ramai yang akan bercuti, dan yew.. aku pun salah seorang hamba abdi yang akan bercuti pada tarikh itu,,,,, tapi bukan bermakna aku sambut aw.. Just cuti dah dapat, soo..... cuti la...

Pandai sangat dengan konfiden yang tiket bas tak kan abis punya la.... dengan happy nye. bersama rakan - rakan yang lain di dalam LRT menuju perjalanan dari pekeliling (titiwangsa) ke TBS ( bandar tasik selatan) tanpa ada rasa sangsi atau risau.. Relax saja!!
(ini tiket bus dari jengka) = (7 p.m.)

Tapi apakan daya, takdir tak dapt mengubah apa apa..... Semua tiket ke Johor... HABIS!! what?? apa?? shema?? hahahaha... macam tak logik ke kan?? tapi itulah takdir yang telah ditentukan untuk kami tatkala itu.. memang gone, loss abis la.!! nak buat apa kat sini?? nak tercongok sampai esok pagi?? kirim salam la..!!!

Dan kami memutuskan untuk beli tiket ke SEgamat.!!Alhamdulillah.. ada jugak 1 destinasi yang boleh kami pergi... Asalkan ada kat negeri Johor.. I don't care.. yang lain pikir kemudian.. Insyaallah ada jalan..  So, we decided it,, and buy it.!! Jalan......
(ini tiket ke segamat) = (tiket tak bape cantik sbb bus tambahan rasanya)

Sesampai di Segamat... OMG... takutnye... pukul 2 lebih pagi ada kat luar.. dh mcm anak kena halau rumah dah rasa............... tak boleh duduk diam,,, tak kan nak stay kat bus station sampai pagi??? tak boleh jadi!! kena buat sesuatu...... so,, pegi jalan jalan,, nmpk pakcik tukang sapu sampah,, ask him.. 

" Pakcik, kat sini mana masjid atau surau berhampiran?"...
" Kat sin jauh masjid, adik nak pergi mana?"
"Saya nak balik JB"
"oh,,naik la kete api, pukul 2.30 pagi jalan"
(muka happy)
"iyeke pakcik? hah.. ok2x,,thankss"

Tanpa berlengah lagi, terus gak pecut pegi kat KTM.. nasib baik la dekat aje dari bus station.. depan tue aja,, memang sangat strategik la lokasinye. hahhehehee..

Kat kaunter tiket, tanya dengan berdebar,, takut takut tiket abis.. Dan alhamdulillah... rezeki agaknye nak naik kete api,, ADA!!!!
(ini tiket kete api dari segamat)

Yeah.. dpat balik JB hari nie jugak.... Dan Alhamdullillah..around pukul 7 pagi,, dah sampai JB... rasa seronok sgt...



Pengalaman yang tak kan dilupakan... kalau dikenangkan balik,,, rasa nak gelak je.. hahahaaha...

Saturday, December 15, 2012

Semakin Tertekan

Semakin hari semakin stress dengan keadaan sekarang. 
Ntah la.. 
Kenapa perasaan itu timbul bila keadaan semakin sukar.
Perasaan marah, geram, kecewa, duka.. semua nya adalah negative semata mata.
Sangat mendukacitakan.

Kenapa semua nya sama sahaja.? mana yang lain? yang memberikan kerjasama tatkala diperlukan? Ya Allah. betapa besarnya dugaan kamu padaku saat ini.

Aku juga merasa penat
Aku juga merasa letih
Aku juga merasa sedih

Tapi boleh tak kalau kita ketepikan itu semua dahulu

Fokus!

Buat dahulu benda yang sepatutnye. Jangan dibiarkan ianya menghantui diri kita

Ya.. aku tahu.. memang susah.

Tapi kau harus lakukan juga. Tolonglah! paham sikit..

cooperation sangat diperlukan ketika ini.

Please understand

Sunday, December 9, 2012

Tekanan Makin Dirasai

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini. Terima kasih kerana tak putus putus memberikan sokongan kepada penulis tatkala berada dalam kegelisahan dan kebingungan di dalam kehidupan yang sementara ini. 

Apekan daya? manusia memang tak boleh lari dari masalah... tapi sejak akhir akhir ini byk pulak masalah yang timbul.. apekah sekarang memang musimnya?

Hmm.. mungkin kerana tension dengan keadaan sekarang ini mendorong lebih lagi untuk masalah itu timbul.? yew.. itu merupakan salah 1 sbb dan punca yang munasabah yang boleh penulis fikirkan sekarang ini.

Masalah dengan rakan, masalah dengan ' kawan', masalah dengan barang! 

Macam macam la.. kenapa? kenapa ianya berlaku dalam 1 masa. O.M.G. Ya Allah... beratnya ujian-Mu ketika ini..

Tiba tiba penulis terfikir, apekah ujianku ini berat sangat jika dibandingkan dengan dugaan yang diberikan kepada rakyat Palestin di Gaza. ? hmm.. rasanya memang jauh sangat sangat la kan.. Mereka sangat di uji saat ini dengan kehilangan ahli keluarga, rakan, guru,,, sedangkan kita ini hanya diberi dugaan yang sekecil kecil kuman saja.

Kau kena kuat Farhana!!!! Just Do It!...... make yourself proud!! You Can Do It.!

Yew..aku harus bertahan..... Insyaallah

Friday, December 7, 2012

Mimpi yang Tertanya-Tanya

Salam pagi Jumaat yang indah,.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar pagi ni tanpa mengalami apa apa penderitaan fizikal. Syukur Ya Allah..:)

Fizikal tiada derita. Tapi mental mungkin.. Ya.. hmm.. tak tahu la ape punca dan sebab dan kenapa mimpi sebegitu berada dalam mimpi. Adakah ianya hanya hayalan? adakah ianya hanya mainan tidur semata - mata? tapi kenapa aku masih harus mimpikan dia? kenapa? 

Kalau memang dia jodohku, dekatkan dirinya pada ku. 
Kalau memang dia bukan jodohku, jauhkan dirinya pada ku.

Amin... 

Tolonglah hambamu ini Ya Allah... temukanlah aku jodoh yang baik supaya aku dapat masuk ke Jannah-Mu.

Amin..

Wednesday, December 5, 2012

Masalah sentiasa Timbul

Assalamualaikum.

Sebelum bulan berbicara, izinkan saya mengatakan sesuatu. Sesungguhnya entri kali ini adalah untuk tatapan pembaca dan hanya bacaan semata mata. Janganlah dibawa perkara ini kepada yang lebih teruk. Harap anda mengerti itu semua yew.. Andai ianya menyakitkan hati anda, percayalah,, orang yang menulis ini lagi sakit hatinye. It's true..!

Hmm.. lama sungguh tidak menulis ape2x disini. terasa sunyi dipagi rabu ini dengan perasaan yang bercampur baur.. ade suka, geram, ade duka, ade yang mcm tak percaya. Kenapa?? apa sebenarnya masalah yang berlaku skrg ini? ape puncanya? adekah puncanya disebabkan itu sahaja? atau ade yang lain yang saya sendiri tidak tahu?

Hmm.. Ntahlah.. sesungguhnya manusia tak lari dari membuat kesilapan. Ya! memang kadang kadang kita tak sedar ape yg kita luahkan, apa yang kita cakapkan itu sehingga membuatkan ade segelintir manusia yang tidak dapat menerimanya.. hmmm... dosakah aku?

Memang! memang mengumpat itu adalah berdosa.. ! tapi kalau dibiarkan di dalam hati, otak, fkiran, dan anggota tubuh yg lain... lagi merana rasa di dada.. Siapa yang mahu tanggung?? Jangan dikenang benda yang sudah lama.. buka buku baru.. agar ianya kembali normal..

Mungkin tekanan yang dirasai tatkala ini mendorong ia melakukan suatu yang begitu rupa. JANGAN.! jangan mengikut hati tanpa membawa fikiran & otak sekali. Danger!

Conclude: I really hope that kita seperti dahulu.. Saling memaafkan adalah lebih baik. Sekian.

Thursday, August 2, 2012

I HATE YOU

Air mata saja yang menjadi kawan tatkala ini

Tatkala sedih menghiasi diri, hatiku tidak tertahan lagi

Dengan perasaan dan kepala yang sangat sakit ketika ini

Kepada sape ingin ku mengadu

yang lain hanya melihat dan ketawa melihat aku sedih

Adakah aku hamba abdi dirumah ini??

yang terpaksa melayan kerenah semua orang

kemana orang lain pergi??

kenapa aku yang menjadi mangsa??

sebelum cuti, aku rasa happy sangat tak sabar nak cuti.

tapi apabila masanya telah tiba, kenapa perasaan itu telah berubah?

penat penat penat!!

sehingga boleh membuatkan aku ingin mati!!!!

adakah mati jalan terbaik aku untuk lari dari masalah ini???

Ya Allah.!! sesungguhnya aku tidak tahan dengan perkara ini!!!!

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan ke-6

Maaf sebab memang tak sempat nak mengucapkan Selamat Berpuasa.

Rasanya belum terlambat, "SELAMAT BERPUASA". 

Sudah hampir seminggu kan kita berpuasa? so? mcm mane? ade bagus? hehehe.. harap segalanya dipermudahkan walaupun cuaca memang agak panas pada ketika ini.

Sudah seminggu lebih jugak saya pulang dari Kuching, Sarawak.!

OMG.. sarawak beb..!! walaupun ianya adalah dalam negara juga,. tapi we need to use aeroplane to go there. so sangat sangat la excited untuk pergi ke sana kerana saya tidak pernah naik itu kenderaan. hehehehehee...

So.. let's see our picture in Sarawak! :)





Just it, maaf again sebab tak dapat cakap banyak. Last but not least, selamat berpuasa dan selamat berbuka..:)

Tuesday, July 3, 2012

Layak ke Digelar Kawan?

Assalamualaikum,


Mula mula aku nak mohon maaf andai sekiranya entry kali ini agak sensitif dan tak berapa sesuai dengan umur kowang. Hope kowang faham dengan situasi aku sekarang.

Kawan tue penting kan?? dia lah yang akan berada di samping kita tatkala dalam kegembiraan, kesunyian, mahupun dalam kesedihan.

Tapi kadang kadang kita alpa dengan semua itu.  Hanya teringat kembali apabila ianya sudah tiada, pergi, atau pergi meninggalkan kita.

Kemana dia pergi??

Adakah dia masih lagi di dunia ini?? atau di Atas sana?? Hmm...

Layakkah dia digelar sebagai 'kawan' seandainya tiada persefahaman di antara kita?? memang x ngam la kan?? so.. ape tunggu lagi?? chow la beb. hahahaa..

Memang agak kejam bunyinya, tapi kalau ianya tiada kegembiraan di antara kita, buat apa diteruskan lagi persahabatan ini? right??

Memang..!! memang segala persengketaan boleh diselesaikan... tapi kalau sekiranya pihak nya tidak dapat mengubah atau membuatkan pihak sini selesa dengan dia.. ape guna itu semua..

Jangan biarkan kita hidup di dunia yang sementara ini dengan pergaduhan dan pertelingkahan sahaja.. biarlah ia berlalu..

Sekiranya jalan penyelesaian untuk situasi ini adalah kau berambus dari sini,, go ahead.. tiada siapa yang menghalang.. ianya adalah untuk kebaikan mu jugak..

Sekian,, untuk dirimu.. ------- teeeettttttttt....



gambar diatas tiada kena mengena dengan perkara diatas kerana mereka adalah akak dan sepupu saya.. ianya hanyalah gambar saje dulu dulu punya. saje nk tunjuk muka x berapa nak licin. hahahahahaaa



Friday, June 29, 2012

BiarLah

Tolong jangan jaga tepi kain orang boleh tak?

Tolong jangan sibuk dengan hal orang boleh tak?

Tolong jangan cakap bukan bukan boleh tak?

Tolong jangan buat benda yang boleh buat orang lain meluat dan menyampah dengan awak boleh tak?

Tolong lah..

Saya hanya ingin hidup aman, ceria, gembira, happy, no nangis nangis,, tension tension gaduh gaduh tumbuk tumbuk tarik muka tolak muka.

Itu semua boleh buat sesuatu perhubungan itu hancur

Jangan sampai ianya berlaku

Biarlah hak orang, nak buat apa sekalipun

Selama nie aku x penah nak sound, or kutuk ko depan depan even kat belakang byk kali

Tapi tolonglah jaga hati dan perasaaan..

Hmm....

(meluat)

Tak boleh tengok muka dia dah.

Plzz la..

Tolong lah berubah.

DONE..:)

Tuesday, June 26, 2012

Minuman Yang Elok Diminum, Tapi Kita Suka Makan

Assalamualaikum,


hahahaa.....tengok baca tajuk post tue mesti kowang terfikir fikirkan ape sebenarnye minuman tersebut.?? ala.. mesti kowang dah tau punya kan..?! heheehehe..

Minuman ini sering aku makan, minum, ngatah la lagi sedap. heheehee... aku teringat dan teringin sangat nak post benda alah ini pas aku makan tadi. sedappp..!! hehehe..

ok.. dah la... tengok la sendiri ape punya makanan tue k.



Hah..nie lah sebenarnya.. MILO..!!! sangat bagus untuk badan, tenaga,,.!! tapi tak bagus bila kita makan.. tapi nak buat cm ner kan.. dah suka.. makan jela.. tppp....jangan selalu sangat.. tak elok untuk badan dan gigi jugak k.. :))

Done..

Monday, June 25, 2012

Bengang Mana Bil Tak Sampai Sampai

Adakah ini dinamakan tiadanya sistematik arrangement dalam pengurusan kehidupan tersebut?  Siapa yang silap sebenarnya? adakah orang atasan, pertengahan, bawahan, atau tiada apa apa jawatan yang tersebut? hahaa.. agak merepek kan?? tapi itulah sebenarnya yang sedang bermain difikiran aku saat ketika sekarang ini? apa sebenarnya yang berlaku? adakah salah kami? atau salah aku? atau salah orang lain? hmm.. susah nak judge who's the person yang sebenarnya salah.. kan kan kan?? hmm.. u know what's the actually happen to me? no..??? hahaah... gilak kan... kesian.. meh i story sama u all.. but janji.. promise u all mesti baca sampai abis.. kalo x,,merajuk lak.!:((

hehehehee..dah? janji yew.. ok. thankssss...:)))))

sebenarnya apa yang dok dibebelkan yang kat atas tue ade kena mengena ngan tajuk di atas..! sangat la x relevant dan dimasuk terima akal oleh kami semua yang dimana... where's is the bill..... streamyx bill i mean.. hmm..kalau disebabkan kesalahan alamat, kenapa first bill sampai.. but next next bill tak sampai pown.. what's happening?? kenapa kenapa n kenapa..???

Bukan kami tak buat apa apa untuk tahu ape sebenarnya berlaku.. tapi dah banyak kali call tm... then, dyowg kata maybe salah postmen sebab alamat yang diberi adalah betull.... atau sebenarnya alamat kami itu tak diterima pakai lagi?? hmmm..kalo difikir fikirkan ada betul jugak sebab some of rumah kedai deretan yang sama dengan rumah kami menggunakan alamat yang sama ngan kami...... so......... sapa yang salah.??

Then, call tm again..they said that we can pay the bill by print the bill from internet.. so we do that method la kan... dah siap bayar almost RM300 lebih... then, bila tengok update kat tmonline still tak berubah amount yang perlu kami bayar..!! what??!!! geram gilak... kami ingatkan maybe baru je beberapa jam bayar, mesti diowg x proceed lagi tentang pembayaran tue kan.. tapi now dh hampir 1 bulan... nothing happens.. so... what should we do.?? kang tak pasal pasal kena potong lak.. mati kamiii....!!!!

Tmnet..plzz do something..plzzzzzz..:((((

Muka gembira walaupun ngah risau pasal nie.

Sunday, June 24, 2012

Semangat Study Sebelum Final Exam

Fuhh.. title post macam gempak je kan..?? heehee.. sangat sangat la macam semangat betul kan. hheehe

Betul la kata orang, esok nak exam, hari nie baru nak baca.. memang tak masuk la kan.. kesian. menyesal pown x berguna kan.

So, untuk mengelakkan dari berlaku hal hal sebegitu rupa, justeru, saya aka aku kenalah berusaha bersungguh sungguh untuk mengecapi kejayaan dan semoga mudah untuk jawab soalan nya nanti.

Berikut adalah jadual periksaan di bawah:




Tak jelas?? em.. buat buat nampak la yew.


K. Done..:)

Wish me luck yew kawan kawan

Thanks for reading.:))

Saturday, June 23, 2012

12 Jam Perjalanan Yang Memenatkan

Assalamualaikum,

Salam..

Mane ade perjalanan yang tak penat kan? even bawak kereta sekalipun still penat gak kan. heehee.. hah.. itulah yang terjadi dalam perasaan naluri aku sekarang yang baru saja selamat sampai di rumah. 

Amboi.

Penat penat pown larat lagi nak update blog yew. hahaha..

Well.. nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Macam macam kan.

Bangun memang gila gila pagi sebab nak balik dan kebetulan tidur semalamnya pulak memang gila gila lambat. sebab tengok bola. hahaaa.. sendiri cari pasal, sendiri tanggung la yew.  Kesannya, fuhhh.. penat macam pew aja..:(((

Gerak pagi dari Jengka pukul 8.

Sampai K.L pkol 10 lebih

Gerak & sampai TBS pkol 11 lebih












Naik bus direct ke Larkin pkol 11.30
















Sampai Larkin pkol 3.50

Then, ingat ada bus direct ke bandar penawar pkol 4,. tapi silap lak sebab bas nye pkol 5. gila nak tunggu. terus naik bas ke Kota Tinggi.. dengan anggapan akan sampai lagi cepat.

Rupa rupanya salah percaturan.

Sampai Kota Tinggi memang la cepat. pukul 5 dah sampai.. tapi slek la kat sana teksi tiada, bas pulak ade pkol 6 je nak balik Air Tawar.

Kesian kan... hmmmm.....

Pastue dalam bas Air Tawar lak terlihat couple budak nie.. Mampus meluat. nampak sangat budak baru up. Lagi elok kalo ko pakai tudung.. sbb rambut tak cantik mana.. menutup aurat..terhindar dari buat maksiat. Malu la sikit ngan orang.. Dan Yang Paling Penting Malu Lah Dengan Allah kerana Dia Maha Mengetahui Dan Maha Melihat.  Inilah Budak Akhir Zaman.. buat ikut hati dan perasaan.  bukan ikut hati dan akal.. Tersesat di dunia boleh membawa tersesat di Akhirat.  Ingat tue.. Jangan nanti kalau ada masalah je baru teringat kat Allah... kita sebagai umat manusia yang dicipta Oleh-Nya kenalah sentiasa bersyukur dan mengikut segala perintahNya dan mencegah segala laranganNya..

Nampak dah aku membebel pasal nie. tak suka tak suka tak suka tauuuuu

Done.

Nak rehat

Thanks for reading.:)))

Friday, June 22, 2012

Sehari Sebelum Balik

Salam,

Quiz dah, Silibus abis, Test dah, latihan dah, tinggal kawin je belum?

ops..

Mula mula dah gatal ek.. hahahaha..

Maaf yew.

Alhamdulillah test typing tadi berjalan dengan lancar, sangat tenteram dan tenang je rasa.  Dengan berkat Doa Mak Abah ... sebelum masuk ke bilik Ilqam untuk take that test, sempat telefon Abah dulu untuk mintak doakan untuk jawab periksa nie.  And dan dengan Doa mereka lah aku dapat jawab even tak semua dapat kan. ehhehehe..

So, pas abis test tadi... habis la sudah segala test dan segala macam untuk semester ini.  Cuma tinggal Final Exam saja yang bermula minggu depan. So, ada masa lagi untuk cuti. hahaha... dikesempatan inilah aku ingin pulang ke kampung halaman. berehat sebentar, amik berkat dari Ibu Bapa dan keluarga. Harap semuanya selamat.  Amin~~~..

Harap maaf sebab entry kali ini agak hambar sedikit.. (ikut mood)..

Done..

Esok balik!!!!

See yaaa..:))))

Thursday, June 21, 2012

STUDY UNTUK COM TEST ESOK

Salam,

Bangun pagi pagi yang tak berapa nak pagi untuk anak dara tapi pagi pagi untuk orang bujang means lelaki around pukul 9 lebih.

Niat & motif : untuk study, study, study for common test for typing for next day or for tomorrow..  takut kan? scary kan?

Em..

Maybe ade yang tak paham,, typing pown ade com test..? atau maybe kowang tak tahu apa itu com test?? test pew kan?? hahaha.. ooo..maybe kowang ingat kalau sebut je typing, mesti kena menaip kan?? kan ?? kan??..

Mula mula aku pown ingat macam tue jugak.. ala...senang je subjek nie. menaip laju laju sampai dapat speed yang highest... tapi sangkaan itu salah beb.. tue punya sangkaan betul kalo belajar kat POLITEKNIK.. aish.. rindu pulak kat politeknik pd.  kan kan kan,, kawan kawan... emmm....Kalau kat sini lain aw.. ape?? sini mane?? hehehe... eh.. xbagitau lagi ek. hehe sori .. disini ialah UiTM.. more to study dengan buku yang agak tebal.. rutin harian di library.. tapi it's not me yang memang x suka pegi perpustakaan. better balik rumah tidur online tonton tv.. lagi best what?? hhahahaaa... di sini semuanya adalah buku. menjadi ulat buku sememangnya bukanlah diri aku yang sebenarnye.. terpaksa.. itulah kata kata yang aku boleh cakap right now.

Ok. kalau kat POLITEKNIK typing is just menaip je kan kawan kawan?

BUT

di UiTM adanya teori...... means u all kena baca buku tentang microsoft office word, powepoint. hafal step step untuk print, save, buat slide show even sebenarnya kita dah tau pown cara cara nya.. tapi ikut suka kita jela.. & kadang kadang kita tak tau pown nama ape benda button nie semua.. just tau simbol dan kat mana letak kedudukan some benda yang kita nak tue..

hah....mcm tuela oden kena hafal..cuba bayangkan.. betapa banyaknye step yang nak kena ingat.. dengan maksud lagi.. yoyooyoooo....... boleh pengsan wei...

ok. sok ade common test..

doakan aku boleh wat k.. 

Done.

Take care.

Assalamualaikum..:)

GAMBAR DULU DULU SAJA NAK TUNJUK

Thanks for reading.

Wednesday, June 20, 2012

Habuk Jadi Berkilat

Assalamualaikum,

Sangat lama tak menceritakan, memberitakan, memberitahukan, menuliskan, menyatakan segala perkara yang berlaku sehingga ketika ini.  Almaklumlah sudah sibuk dengan kerja kerja. Eh..bukan kerja rumah (sudah kawin).. tapi kerja kerja sekolah yang tak berapa sesuai dikatakan sebagai kerja sekolah. hehehe.. 

Memang sudah lama gilak kan?? hah.. so... how's your life? ok? good? best? or nottt?? oh oh oh.. no no no no.. don't say like that. hidup kena happy eventhough sebenarnye tak pown kan.  Hmmm..nak wat cmner.. hidup kan penuh dengan liku liku kehidupan, masalah, pelbagai pancaroba yang perlu kita hadapi sampailah kita menghebuskan nafas terakhir..

So..ekoran sudah lama tidak meng-statuskan diri di sini,, izinkan saya untuk membicarakan dengan lebih agak lama pada ketika ini ekoran daripada sudah gian untuk menulis dan ekoran daripada banyak pulak idea untuk menulis untuk tatapan anda.  Harap anda sudi untuk membaca yew.. :))))

Jangan disangka buaya tiada didarat.. kerana lately sudah ramai yang terkena.. jangan disangka orang yang baik yang kita rasa sangat baik adalah orang yang baik seperti yang kita sangkakan. kerana apa?? kerana pandangan kita berbeza - beza. ada yang memandang kerana nafsu, ada yang memandang kerana fakta, auta, dan sebagainya.  Tapi tahukah kita yang kita sedang diuji dengan benda benda yang sebegitu.  

STOP.. (sangat mengarut kan)

Ok.. story sgt la banyak..

Begin...,,

GAMBAR MEMANG TIADA MOTIF APA APA

jap.. mane 1 nak mula dulu nie?? euro 2012? kawin? study? exam? hah. sudah.. tak tahu nak amik yang mana satu dulu nie. hahahaa...

ok. malas nk panjang cite... minggu depan start study week. hope segalanya berjalan dengan lancar. dapat balik umah, dapat rehat kat umah, dapat study dengan bagus, dapat balik ke tempat belajar dengan lancar, & dapat jawab soalan exam dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang seterusnya mengecapi "result" yang sangat memberangsangkan.

Done.:)



Sunday, January 29, 2012

Nothing 2 Say


Sunyi kan kalau tinggal sowang sowang. rasa nak keluar je jalan jalan g mane.. em.. tapi apela nasib terpaksa gak duduk diam di rumah saja. tak boleh g mane mane.. mane semo orang ini? mak abah dah balik kampung ada jemputan kawin. Nak ikuttt.. tappiiii.. malas yang lebih dari rajin. sudahnya, duk umah la kena tinggal...wuuaaahhh!!! yang lain takde ke kat umah tue? a'a.. ade. akak sowang. tapi jap lagi nak balik dah. esok kan dah keje. hehehe.. redha jela.. Memang la hari Ahad nie adalah hari untuk rehat. Tapi.. untuk orang yang tak bekerja macam saya nie hah.. hari Ahad la patutnye hari yang best, happening kan? tapi lain la... Hari Ahad la hari yang membosankan. cerita cerita pown bkn nye best.. rase ngantuk macam nak tido je sepanjang hari. tapi kalau tido je,, nnt orang cakap pew la. cakap yang tak manis anak dara tidur sampai matahari dah terpacak kat atas kepala .. ayoyo.!! hahahahaa.. abis tue, nak wat apa?? Nak kemas 1umah memang malas la.. hahahaa..ok la.saje je nak tulis entry nie. rasa bosan yang tahap maximum highest dah nie. hahaha.. k k k Salam.. :D


sorry kalau entry nie tak best.. no idea.. tapi nak tulis gak. hehehe.. donee!!

Saturday, January 28, 2012

Tak boleh nak mandi la.

Walaupun musim tengkujuh dah berlalu, jangan disangka yang ombak tidak akan bergelora lagi. oh no no no.. salahhh! hehehe.. bukti?? nak amikkk... so memang tak berani nak mandi. ok. done~~
Tak berani nak pegi dekat.. ombak kuat sgt.. hhhuhuhuu

Friday, January 27, 2012

BARANG dah SAMPAI..!!

Gembiranya hati bila barang yang kita nantikan tue dh sampai. taknak cakap lebih lebih buang masa. so.. ape lagi?? check this out!! :D

enjoy yaa..! ha3



Dah dapat nie. apa tunggu lagi.. moh la kita bukak ramai-ramai.. waaiittt!! biar saya je yang bukak ok.. yang lain tengok saja..:P

Gila rakus aku bukak kan? hahaha.. nak tau apa kandungan dalam bungkusan ini.??
ok.

sambung lihat..:D


masih konfius?? hahahaa..pikir-pikirkan la..
SELAMAT BERJAYA

Thursday, January 26, 2012

Eh..Darah!! __ Tolongggggg!!

Sape takut dengan darah?? hah..memang tak boleh jadi Doktor / Nurse la kalau macam nie. takut darah.! hehehehe.. Macam mane kalau tiba tiba tanpa kita ingin kan tiba tiba je ada darah mengalir depan mata kita. Ini bukan darah tipu aw..Tapi memang betol betol. Seram pulak bila dengar. Hah.seram?? nape perlu seram?! Darah apa tue? mesti kowang ingat darah hantu kan? hahaha.. mane tak nye..kalau ada darah tiba tiba mengalir depan mata,. kalau tak orang, mesti hantu! ish ish ish.. pikiran manusia.. suka pikir yang -ve saja. nak wat macam mana.. lumrah manusia. hehehe. lupakan hal itu..kita continue dengan hal yang tadi..

Kisah benar

Sedang asyik 'Emak' di dalam toilet pagi tadi untuk membersihkan diri untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Subuh,. Makkk koo terkejuttt.!!! Boleh pulakk.. eh..silap silap.. bukan pagi tadi tapi malam tadi..hehehe.. Sedang asyik 'Emak' di dalam toilet malam tadi untuk membuat apa yang kita akan buat bila di dalam tandas, gilaa tak terkejutttt bila depan mata sendiri nie, terlihat Daraaahhh mengalir dari atas. Dengan bau nye yang kurang enak. nasib baik bukan malam Jumaat.hehehehe..

Nape? tak percaya? hah.nah amik tengok sendiri.:D


Esok paginye.. kira pagi tadi la kan.. 'Abah' cuba untuk melihat apa sebenarnya yang ada kat atas tue. Siapa yang mati? Apa benda yang ada kat atas tue? orang ke? binatang ke? kalau binatang., binatang apa? biawak? Tikus? ooooohh. no no no & no.. salah tekaan itu semua. Kowang nak tau? meh..tengok kat bawah nie._____




Kesian kucing nie dah kembang..gilaa besar badan dia..! tengok la kaki dia tinggal bulu je. Punca kematian masih belum dikenal pasti. hehehe.. maaf yew kucing. Kami tak dapat nak selamatkan awak.. semoga kamu bahagia di Syurga sana.. amin~~..:D

Wednesday, January 25, 2012

AMPUN maaf DIPINTA

Ampun Maaf Dipinta Kerana Sudah Lama Tidak Menulis Apa - Apa Ke Dalam Ini Blog. Bukan Sengaja Tapi Tidak Sengaja. So, sekarang dah musim cuti. Banyak Masa Dah Untuk buat aktiviti aktiviti harian sebelum ini.





dan Yang Paling Penting


Yang lain lain tue x explore lagi.hehee.. hah..jangan lupe follow & add aw. Click je kat picture picture yang kowang nak.

Be friends forever. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...