Friday, June 29, 2012

BiarLah

Tolong jangan jaga tepi kain orang boleh tak?

Tolong jangan sibuk dengan hal orang boleh tak?

Tolong jangan cakap bukan bukan boleh tak?

Tolong jangan buat benda yang boleh buat orang lain meluat dan menyampah dengan awak boleh tak?

Tolong lah..

Saya hanya ingin hidup aman, ceria, gembira, happy, no nangis nangis,, tension tension gaduh gaduh tumbuk tumbuk tarik muka tolak muka.

Itu semua boleh buat sesuatu perhubungan itu hancur

Jangan sampai ianya berlaku

Biarlah hak orang, nak buat apa sekalipun

Selama nie aku x penah nak sound, or kutuk ko depan depan even kat belakang byk kali

Tapi tolonglah jaga hati dan perasaaan..

Hmm....

(meluat)

Tak boleh tengok muka dia dah.

Plzz la..

Tolong lah berubah.

DONE..:)

Tuesday, June 26, 2012

Minuman Yang Elok Diminum, Tapi Kita Suka Makan

Assalamualaikum,


hahahaa.....tengok baca tajuk post tue mesti kowang terfikir fikirkan ape sebenarnye minuman tersebut.?? ala.. mesti kowang dah tau punya kan..?! heheehehe..

Minuman ini sering aku makan, minum, ngatah la lagi sedap. heheehee... aku teringat dan teringin sangat nak post benda alah ini pas aku makan tadi. sedappp..!! hehehe..

ok.. dah la... tengok la sendiri ape punya makanan tue k.



Hah..nie lah sebenarnya.. MILO..!!! sangat bagus untuk badan, tenaga,,.!! tapi tak bagus bila kita makan.. tapi nak buat cm ner kan.. dah suka.. makan jela.. tppp....jangan selalu sangat.. tak elok untuk badan dan gigi jugak k.. :))

Done..

Monday, June 25, 2012

Bengang Mana Bil Tak Sampai Sampai

Adakah ini dinamakan tiadanya sistematik arrangement dalam pengurusan kehidupan tersebut?  Siapa yang silap sebenarnya? adakah orang atasan, pertengahan, bawahan, atau tiada apa apa jawatan yang tersebut? hahaa.. agak merepek kan?? tapi itulah sebenarnya yang sedang bermain difikiran aku saat ketika sekarang ini? apa sebenarnya yang berlaku? adakah salah kami? atau salah aku? atau salah orang lain? hmm.. susah nak judge who's the person yang sebenarnya salah.. kan kan kan?? hmm.. u know what's the actually happen to me? no..??? hahaah... gilak kan... kesian.. meh i story sama u all.. but janji.. promise u all mesti baca sampai abis.. kalo x,,merajuk lak.!:((

hehehehee..dah? janji yew.. ok. thankssss...:)))))

sebenarnya apa yang dok dibebelkan yang kat atas tue ade kena mengena ngan tajuk di atas..! sangat la x relevant dan dimasuk terima akal oleh kami semua yang dimana... where's is the bill..... streamyx bill i mean.. hmm..kalau disebabkan kesalahan alamat, kenapa first bill sampai.. but next next bill tak sampai pown.. what's happening?? kenapa kenapa n kenapa..???

Bukan kami tak buat apa apa untuk tahu ape sebenarnya berlaku.. tapi dah banyak kali call tm... then, dyowg kata maybe salah postmen sebab alamat yang diberi adalah betull.... atau sebenarnya alamat kami itu tak diterima pakai lagi?? hmmm..kalo difikir fikirkan ada betul jugak sebab some of rumah kedai deretan yang sama dengan rumah kami menggunakan alamat yang sama ngan kami...... so......... sapa yang salah.??

Then, call tm again..they said that we can pay the bill by print the bill from internet.. so we do that method la kan... dah siap bayar almost RM300 lebih... then, bila tengok update kat tmonline still tak berubah amount yang perlu kami bayar..!! what??!!! geram gilak... kami ingatkan maybe baru je beberapa jam bayar, mesti diowg x proceed lagi tentang pembayaran tue kan.. tapi now dh hampir 1 bulan... nothing happens.. so... what should we do.?? kang tak pasal pasal kena potong lak.. mati kamiii....!!!!

Tmnet..plzz do something..plzzzzzz..:((((

Muka gembira walaupun ngah risau pasal nie.

Sunday, June 24, 2012

Semangat Study Sebelum Final Exam

Fuhh.. title post macam gempak je kan..?? heehee.. sangat sangat la macam semangat betul kan. hheehe

Betul la kata orang, esok nak exam, hari nie baru nak baca.. memang tak masuk la kan.. kesian. menyesal pown x berguna kan.

So, untuk mengelakkan dari berlaku hal hal sebegitu rupa, justeru, saya aka aku kenalah berusaha bersungguh sungguh untuk mengecapi kejayaan dan semoga mudah untuk jawab soalan nya nanti.

Berikut adalah jadual periksaan di bawah:




Tak jelas?? em.. buat buat nampak la yew.


K. Done..:)

Wish me luck yew kawan kawan

Thanks for reading.:))

Saturday, June 23, 2012

12 Jam Perjalanan Yang Memenatkan

Assalamualaikum,

Salam..

Mane ade perjalanan yang tak penat kan? even bawak kereta sekalipun still penat gak kan. heehee.. hah.. itulah yang terjadi dalam perasaan naluri aku sekarang yang baru saja selamat sampai di rumah. 

Amboi.

Penat penat pown larat lagi nak update blog yew. hahaha..

Well.. nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Macam macam kan.

Bangun memang gila gila pagi sebab nak balik dan kebetulan tidur semalamnya pulak memang gila gila lambat. sebab tengok bola. hahaaa.. sendiri cari pasal, sendiri tanggung la yew.  Kesannya, fuhhh.. penat macam pew aja..:(((

Gerak pagi dari Jengka pukul 8.

Sampai K.L pkol 10 lebih

Gerak & sampai TBS pkol 11 lebih












Naik bus direct ke Larkin pkol 11.30
















Sampai Larkin pkol 3.50

Then, ingat ada bus direct ke bandar penawar pkol 4,. tapi silap lak sebab bas nye pkol 5. gila nak tunggu. terus naik bas ke Kota Tinggi.. dengan anggapan akan sampai lagi cepat.

Rupa rupanya salah percaturan.

Sampai Kota Tinggi memang la cepat. pukul 5 dah sampai.. tapi slek la kat sana teksi tiada, bas pulak ade pkol 6 je nak balik Air Tawar.

Kesian kan... hmmmm.....

Pastue dalam bas Air Tawar lak terlihat couple budak nie.. Mampus meluat. nampak sangat budak baru up. Lagi elok kalo ko pakai tudung.. sbb rambut tak cantik mana.. menutup aurat..terhindar dari buat maksiat. Malu la sikit ngan orang.. Dan Yang Paling Penting Malu Lah Dengan Allah kerana Dia Maha Mengetahui Dan Maha Melihat.  Inilah Budak Akhir Zaman.. buat ikut hati dan perasaan.  bukan ikut hati dan akal.. Tersesat di dunia boleh membawa tersesat di Akhirat.  Ingat tue.. Jangan nanti kalau ada masalah je baru teringat kat Allah... kita sebagai umat manusia yang dicipta Oleh-Nya kenalah sentiasa bersyukur dan mengikut segala perintahNya dan mencegah segala laranganNya..

Nampak dah aku membebel pasal nie. tak suka tak suka tak suka tauuuuu

Done.

Nak rehat

Thanks for reading.:)))

Friday, June 22, 2012

Sehari Sebelum Balik

Salam,

Quiz dah, Silibus abis, Test dah, latihan dah, tinggal kawin je belum?

ops..

Mula mula dah gatal ek.. hahahaha..

Maaf yew.

Alhamdulillah test typing tadi berjalan dengan lancar, sangat tenteram dan tenang je rasa.  Dengan berkat Doa Mak Abah ... sebelum masuk ke bilik Ilqam untuk take that test, sempat telefon Abah dulu untuk mintak doakan untuk jawab periksa nie.  And dan dengan Doa mereka lah aku dapat jawab even tak semua dapat kan. ehhehehe..

So, pas abis test tadi... habis la sudah segala test dan segala macam untuk semester ini.  Cuma tinggal Final Exam saja yang bermula minggu depan. So, ada masa lagi untuk cuti. hahaha... dikesempatan inilah aku ingin pulang ke kampung halaman. berehat sebentar, amik berkat dari Ibu Bapa dan keluarga. Harap semuanya selamat.  Amin~~~..

Harap maaf sebab entry kali ini agak hambar sedikit.. (ikut mood)..

Done..

Esok balik!!!!

See yaaa..:))))

Thursday, June 21, 2012

STUDY UNTUK COM TEST ESOK

Salam,

Bangun pagi pagi yang tak berapa nak pagi untuk anak dara tapi pagi pagi untuk orang bujang means lelaki around pukul 9 lebih.

Niat & motif : untuk study, study, study for common test for typing for next day or for tomorrow..  takut kan? scary kan?

Em..

Maybe ade yang tak paham,, typing pown ade com test..? atau maybe kowang tak tahu apa itu com test?? test pew kan?? hahaha.. ooo..maybe kowang ingat kalau sebut je typing, mesti kena menaip kan?? kan ?? kan??..

Mula mula aku pown ingat macam tue jugak.. ala...senang je subjek nie. menaip laju laju sampai dapat speed yang highest... tapi sangkaan itu salah beb.. tue punya sangkaan betul kalo belajar kat POLITEKNIK.. aish.. rindu pulak kat politeknik pd.  kan kan kan,, kawan kawan... emmm....Kalau kat sini lain aw.. ape?? sini mane?? hehehe... eh.. xbagitau lagi ek. hehe sori .. disini ialah UiTM.. more to study dengan buku yang agak tebal.. rutin harian di library.. tapi it's not me yang memang x suka pegi perpustakaan. better balik rumah tidur online tonton tv.. lagi best what?? hhahahaaa... di sini semuanya adalah buku. menjadi ulat buku sememangnya bukanlah diri aku yang sebenarnye.. terpaksa.. itulah kata kata yang aku boleh cakap right now.

Ok. kalau kat POLITEKNIK typing is just menaip je kan kawan kawan?

BUT

di UiTM adanya teori...... means u all kena baca buku tentang microsoft office word, powepoint. hafal step step untuk print, save, buat slide show even sebenarnya kita dah tau pown cara cara nya.. tapi ikut suka kita jela.. & kadang kadang kita tak tau pown nama ape benda button nie semua.. just tau simbol dan kat mana letak kedudukan some benda yang kita nak tue..

hah....mcm tuela oden kena hafal..cuba bayangkan.. betapa banyaknye step yang nak kena ingat.. dengan maksud lagi.. yoyooyoooo....... boleh pengsan wei...

ok. sok ade common test..

doakan aku boleh wat k.. 

Done.

Take care.

Assalamualaikum..:)

GAMBAR DULU DULU SAJA NAK TUNJUK

Thanks for reading.

Wednesday, June 20, 2012

Habuk Jadi Berkilat

Assalamualaikum,

Sangat lama tak menceritakan, memberitakan, memberitahukan, menuliskan, menyatakan segala perkara yang berlaku sehingga ketika ini.  Almaklumlah sudah sibuk dengan kerja kerja. Eh..bukan kerja rumah (sudah kawin).. tapi kerja kerja sekolah yang tak berapa sesuai dikatakan sebagai kerja sekolah. hehehe.. 

Memang sudah lama gilak kan?? hah.. so... how's your life? ok? good? best? or nottt?? oh oh oh.. no no no no.. don't say like that. hidup kena happy eventhough sebenarnye tak pown kan.  Hmmm..nak wat cmner.. hidup kan penuh dengan liku liku kehidupan, masalah, pelbagai pancaroba yang perlu kita hadapi sampailah kita menghebuskan nafas terakhir..

So..ekoran sudah lama tidak meng-statuskan diri di sini,, izinkan saya untuk membicarakan dengan lebih agak lama pada ketika ini ekoran daripada sudah gian untuk menulis dan ekoran daripada banyak pulak idea untuk menulis untuk tatapan anda.  Harap anda sudi untuk membaca yew.. :))))

Jangan disangka buaya tiada didarat.. kerana lately sudah ramai yang terkena.. jangan disangka orang yang baik yang kita rasa sangat baik adalah orang yang baik seperti yang kita sangkakan. kerana apa?? kerana pandangan kita berbeza - beza. ada yang memandang kerana nafsu, ada yang memandang kerana fakta, auta, dan sebagainya.  Tapi tahukah kita yang kita sedang diuji dengan benda benda yang sebegitu.  

STOP.. (sangat mengarut kan)

Ok.. story sgt la banyak..

Begin...,,

GAMBAR MEMANG TIADA MOTIF APA APA

jap.. mane 1 nak mula dulu nie?? euro 2012? kawin? study? exam? hah. sudah.. tak tahu nak amik yang mana satu dulu nie. hahahaa...

ok. malas nk panjang cite... minggu depan start study week. hope segalanya berjalan dengan lancar. dapat balik umah, dapat rehat kat umah, dapat study dengan bagus, dapat balik ke tempat belajar dengan lancar, & dapat jawab soalan exam dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang seterusnya mengecapi "result" yang sangat memberangsangkan.

Done.:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...